“Kenapa Ambil De Paula?” – TMJ
Dunia
new straits times
Advertisements

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) mempersoalkan mengapa jurulatih Harimau Malaya mengambil De Paula.

TMJ dalam pada itu menegaskan bahawa Jurulatih (Kim Pan-gon) harus mempunyai sikap tanggungjawab dan perlu lebih memilih pemain yang sesuai dengan minit permainan.

“Saya pun tidak faham mengapa jurulatih ambil De Paula dan apa sebab beliau terpilih. Saya dekat sini pun tidak menggunakan dia.

Advertisements

“Bagi saya, dia (jurulatih) perlu ada sikap lebih tanggungjawab bukan setakat ambil sesiapa sahaja daripada kelab ini.

“Saya rasa itu silap FAM untuk menjadikan De Paula dan liridon sebagai projek jangka masa pendek, adalah satu kesilapan daripada pihak mereka.

Bagi pengambilan naturalisasi, ianya mesti pemain yang lebih muda untuk membantu pasukan negara dalam jangka masa panjang jelas TMJ.

Advertisements

Baginda turut menjelaskan bahawa sebab mengambil dua pemain tersebut adalah untuk mengelakkan daripada kelab lain mengambil peluang tersebut.

“Saya rekrut mereka kerana takut ada kelab lain punyai ekstra pemain import, kemudian saya suruh dia duduk diam-diam,” jelas TMJ dalam sidang media bersama penyokong di JDT Facebook.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram