“Kenapa Mereka Di Sini?” – Kim Pan-gon
Dunia
MakanBola
TEAM MALAYSIA
Advertisements

Pengurus Skuad Kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon ternyata begitu bersemangat mengendalikan sesi latihan pertama Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Disebalik hujan lebat yang turun semasa sesi latihan, Kim Pan-gon tetap meneruskan sesi latihan dan para pemain juga kelihatan gembira dan bersemangat mempersiapkan diri sebelum bertemu Filipina 23 Mac ini.

Advertisements

“Kami haru memperkukuhkan (pemain), ianya sedikit sukar untuk skuad kebangsaan tetapi kita berusaha meningkatkan kondisi pemain.

“Kondisi yang baik untuk bermain dan kembali cergas.

Advertisements

“Kami semua sebenarnya berusaha untuk kembalikan mereka ke tahap terbaik dan mengapa mereka di sini? Untuk berjuang demi Malaysia, hanya itu saja sebabnya.

Kim Pan-gon turut menjelaskan sesi latihan seterusnya akan mula memasuki fasa-fasa falsafah permainan seperti menyerang dan bertahan dengan cara yang betul.

Advertisements

Sementara itu, Faisal Halim yang turut ditemubual selepas latihan menjelaskan Kim Pan-gon memiliki semangat luar biasa semasa menjalankan sesi latihan.

“Saya dapat rasa satu kesungguhan daripada jurulatih, boleh dikatakan beliau boleh buatkan pasukan negara lebih maju dan meletakkan pasukan di satu peringkat yang diinginkan,” ujarnya.

Advertisements

Skuad Harimau Malaya bakal diuji buat kali pertama berhadapan Filipina pada Rabu, 23 Mac 2022 di Stadium Nasional Singapura.

News Comments Account