Kenapa Tiada Herold Goulon? K. Devan Ada Jawapannya
Liga Super
NSFC 1923
Advertisements

Persoalan mengenai ketiadaan pemain import Negeri Sembilan FC, Herold Goulon terus menjadi tanda tanya dalam kalangan penyokong tatkala pasukan kesayangan mereka tewas ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi itu menyaksikan anak didik K. Devan tidak dapat menyaingi kekuatan pasukan Harimau Selatan apabila dibelasah dengan keputusan 7-0.

Ketiadaan beberapa tonggak utama jelas menjadi masalah kepada skuad Hobin Jang Hobin selain faktor kepenatan juga menjadi salah satu alasan mereka gagal mempamerkan aksi terbaik.

Advertisements

“Kita tidak menjalani proses pra-musim yang baik kerana kebanyakan pemain import datang lewat dan kita juga tidak cukup kuota import.”

“Hari ini pula kita beraksi dengan kurang pemain import dan bukan pasukan utama kita.”

Berkenaan ketiadaan Herold Goulon dan Leby Madinda, Devan memberikan penjelasan secara umum dan mengambil kira faktor kecergasan pasukan.

Advertisements

“Casagrande datang lewat dan terpaksa beraksi tiga perlawanan dalam tempoh 9 hati dan ia merupakan keadaan sukar buatnya.”

“Hari ini pun kita tengok serangan tidak fektif, tiada keseimbangan antara menyerang dan bertahan.”

“Ini bukan soal Goulon sahaja, kita perlu meningkatkan kualiti dan kecergasan fizikal pasukan kita. Pemain import yang masuk lewat perlu berada dalam tahap kecergasan baik dan wujudkan persembahan yang baik,” jelasnya kepada MakanBola.

Advertisements

Negeri Sembilan bakal bertemu KL City dalam satu aksi yang masih tidak diketahui tempatnya manakala JDT akan melayan kunjungan Kelantan di Iskandar Puteri.

Video kenyataan K. Devan: Youtube MakanBola

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram