Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mempunyai alasan tersendiri disebalik keputusannya mengeluarkan pemain sayap sensasi, Faisal Halim ketika bertemu JDT semalam.
Pengendali berusia 55 tahun itu menerangkan keadaan sebenar yang terjadi kepada Faisal susulan keputusan itu dianggao sebagai satu tindakan yang pelik.
Kelincahan pemain berusia 25 tahun itu jelas menjadi masalah buat anak didik Tano Solari tatkala gerakannya sering memberikan kasalah buat pertahanan Harimau Selatan.
Walau bagaimanapun, Cheng Hoe terpaksa menukar beliau seawal minit ke-55 kerana pemain itu tidak dapat meneruskan permainan.
“Faisal Halim main begitu baik pada separuh masa pertama namun dalam separuh masa kedua, dia ada mengalami sedikit kekejangan otot.”
“Disebabkan itu dia minta dikeluarkan, itu memang kita tak mahu ambil risiko kerana musim yang masih panjang lagi, dan ia akan merugikan pasukan,” katanya pada sidang media semalam.
Tindakan beliau untuk menukar Yazan Al-Arab juga disebabkan pemain tersebut sudah pun dilayangkan kad kuning dan tidak mahu mengambil risiko yang lebih besar.
Selangor akan berkunjung ke Stadium Cheras bagi berdepan KL City FC dengan misi mendapatkan semula 3 mata penting selepas tewas kali pertama kepada JDT, 4-0.