Kenny Pallraj Dedahkan Watak ‘Nombor 6’ Yang Hilang Dalam Pasukan Harimau Malaya
Dunia
Kennyraj21
Advertisements

Pemain tengah pasukan Kuala Lumpur City FC, Kenny Pallraj baru-baru ini telah membuat satu perkongsian mengenai situasi yang melanda pasukan negara setelah tersingkir awal daripada kejohanan Piala AFF kali ini.

Bekas bintang Perak FC ketika ditanya mengenai kelompongan yang dapat dilihat dalam pasukan negara, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa ketiadaan pemain tulen yang boleh beraksi pada posisi pemain tengah bertahan atau lebih dikenali sebagai pemain nombor 6 jelas memberi impak yang cukup besar.

’Daripada awal perlawanan kita tahu kita tiada pemain tulen yang boleh beraksi dalam posisi tersebut (pemain tengah bertahan). Ada juga beberapa pemain yang diberi tanggungjawab untuk beraksi dalam posisi tersebut.’

Advertisements

’Jarang pemain berkata tidak apabila diberi kepercayaan untuk menggalas tugas dalam posisi tertentu.’

Sungguhpun begitu, Kenny merasakan bahawa intensiti yang jauh lebih tinggi dalam perlawanan peringkat antarabangsa menyebabkan tugas tersebut sukar untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Beliau turut mengakui bahawa posisi ‘nombor 6’ ini merupakan posisi yang sangat penting dan menjadi tunjang utama pasukan untuk beraksi dengan cemerlang di atas padang.

Advertisements

’Peranan pemain tengah bertahan ini amat penting kerana dia boleh lihat apa yang berada di depan dan dia juga boleh hentikan apa yang berada di belakang.’

’Pemain tengah bertahan ini adalah satu titik yang akan digunakan oleh pemain lain contohnya pemain pertahanan kanan dan kiri serta pemain sayap untuk memastikan mereka dalam posisi yang betul,’-Jelas beliau dalam Bola itu life.

Sebelum ini, bekas pemain pasukan Selangor FC, Shahrom Kalam telah menyatakan pendirian dan kegusarannya setelah ketiadaan pemain tengah bertahan tulen dalam senarai pemain yang dipilih berikutan kecederaan yang dialami oleh Akram Mahinan dan Kenny sendiri.

Advertisements

Ini terbukti apabila peranan yang hilang pada posisi tersebut mudah dieksploitasi oleh lawan yang menyebabkan pasukan negara tewas dalam dua perlawanan terakhir menentang Vietnam dan juga Indonesia sekaligus terpaksa pulang awal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram