Kepulangan tonggak pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools berpotensi besar bakal menjadi kenyataan.
Spekulasi mengenai masa depan pemain berusia 28 tahun itu kembali menjadi bualan hangat susulan kontraknya yang difahamkan berakhir 30 Jun 2024 bersama kelab Thailand, Buriram United.
Masa depan beliau mula menjadi tanda tanya terutamanya selepas dikaitkan dengan kepulangan ke Eropah.
Sebelum ini, laman Frfuturetalents mendedahkan bahawa bekas pemain Club Brugge itu mendapat tawaran daripada dua kelab Belgium, OH Leuven dan juga Cercle Brugge.
Perpindahan ini kembali menjadi bualan hangat selepas Dion Cools memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya yang kini berada di Belgium.
Beliau meletakkan lokasi dirinya kini di Leuven sekaligus menguatkan lagi berita perpindahan ke kelab kecilnya, OH Leuven.
Kelab tersebut juga sebelum ini telah diperkuat dengan kehadiran rakan sepasukan Dion di Buriram United iaitu Suphanat Mueanta secara pinjaman.
Selain itu, terdapat juga beberapa tonggak Jepun seperti Kento Misao (pertahanan) dan juga Takahiro Akumoto (tengah).

Kali terakhir Cools beraksi di Belgium adalah pada tahun 2022 bersama FC Zulte Waregem sebelum ke Czech bersama FK Jablonec.