Kepulangan Sikh Izhan Bawa Impak Segera
MakanBola
Selangor FC

Kepulangan Sikh Izhan Nazrel kembali menambah kekuatan Selangor FC di bahagian pertahanan.

Selepas terlepas beberapa perlawanan kerana konkusi yang dialami dalam aksi menentang Terengganu FC, khidmat beliau kembali ditagih jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon.

Selepas Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dipilih mengawal gawang dalam tiga aksi terakhir, Sikh Izhan kembali mengawal benteng terakhir Selangor untuk aksi menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC).

Anak jati Seberang Jaya, Perai itu bukan saja membantu Selangor merekodkan kemenangan 3-0 ke atas The City Boys.

Malah, Sikh Izhah memastikan gawang Selangor gagal diceroboh pelawat sepanjang 90 minit permainan di Stadium MBPJ. Ini rekod tanpa bolos kedua Selangor dalam liga musim ini.

Justeru, khidmat beliau dijangka ditagih Pan-gon untuk aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Star City FC pada 19 September ini.