Ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente menyatakan bahawa kemaraan La Roja ke peringkat akhir Piala Dunia FIFA 2026 hasil dari kerja keras selama 4 tahun.
Aksi tumpuan Piala Dunia 2026 pada awal pagi Rabu menyaksikan juara 2010, Sepanyol turun menentang finalis edisi lepas, Perancis bagi merebut tempat ke final.
Walaupun ramai jangkakan perlawanan bakal memihak Perancis dengan mudah selepas persembahan Les Blues dalam 3 edisi terakhir, namun skuad La Roja tampak mudah menewaskan negara tersebut.
Perlawanan di Dallas itu berakhir dengan keputusan 2-0 memihak La Roja sekali gus meranapkan hasrat Perancis untuk mara ke final buat kali ketiga berturut-turut.
Menurut ketua jurulatih Sepanyol, Luis Fuente menjelaskan bahawa keserasian para pemain beliau telah dibina selama 4 tahun & Perancis merupakan salah satu negara kuat namun mereka terpaksa akur tewas apabila bertemu pasukan terkuat iaitu La Roja.
“Kami bermula hampir empat tahun lalu dengan satu idea dan kami kekal setia kepada idea itu jadi ia telah membawa kami ke tahap ini.”
“Hari ini kami berdepan dengan salah sebuah pasukan kebangsaan terbaik di dunia, namun lawan mereka pula ialah pasukan terbaik di dunia. Itu satu perbezaan yang ketara,” kata Luis Fuente ketika sidang media selepas bertemu Perancis.
Sepanyol bakal bertemu pemenang antara England & Argentina dalam aksi final Piala Dunia FIFA 2026 pada 20 Julai ini.