Advertising
Kerja Sampai Jam 1 Pagi, E. Elavarasan Kongsikan Usaha Keras Barisan Kejurulatihan Setiap Hari
MakanBola
Astro Arena

Penolong ketua jurulatih Harimau Malaya, E. Elavarasan berkongsi sedikit sebanyak cerita persiapan beliau bersama staf kejurulatihan di bawah kendalian Kim Pan-gon buat Harimau Malaya. 

Dalam satu temu bual di rancangan Nindia Bola pada semalam, jurulatih berusia 60 tahun itu menjelaskan bahawa staf kejurulatihan Harimau Malaya telah melakukan perancangan begitu rapi bermula daripada proses pemilihan pemain. 

Ad

“Semua staf kejurulatihan main peranan dalam memilih pemain. Kalau kamu tanya berapa jam atau berapa minit untuk kami melakukan persiapan, susah saya nak jawab kerana benda ni memang kita dah rancang lama.”

Ad

E. Elavarasan juga menyatakan bahawa barisan kejurulatihan telah bekerja lebih, berikan segalanya demi memastikan persiapan Harimau Malaya berjalan lancar. 

“Bermula daripada laporan awal, kita memang bekerja dalam tempoh waktu yang lama. Kadang-kadang selepas sarapan, kami sambung dari jam 12 hingga 2 petang. Selepas itu jam 3 hingga 4 petang, kita ada taklimat bersama para pemain. Selepas itu dari jam 8.30 malam hingga ke 12, 1 pagi. Perkara ini berlaku setiap hari. Waktu itulah kami mengenal pasti lawan serta kelemahan pasukan lawan,” ujar Elavarasan di Nindia Bola

Ad

Usaha serta keringat setiap barisan kejurulatihan perlu kita sanjungi dan hormati. Mereka inilah individu-individu yang bertungkus lumus siang dan malam demi memastikan pasukan berada pada tahap terbaik. 

Ad

Kejayaan skuad kebangsaan ke pentas Piala Asia 2023 ini merupakan hasil pengorbanan dari semua pihak bermula daripada pihak pengurusan, staf kejurulatihan, para pemain dan semua yang terlibat. Kecemerlangan serta kesatuan ini perlu diteruskan agar Harimau Malaya terus konsisten mencipta kecemerlangan pada masa akan datang.

Ad