Advertisements
Kesebelasan Utama Indonesia Mampu Gegarkan Asia
Asia Tenggara
MakanBola
PSSI

Usaha tanpa henti Indonesia dalam membawa bakat-bakat besar dari eropah semakin membuahkan hasil dan tidak mustahil akan membawa Sang Garuda menggegarkan Asia pada masa hadapan.

Pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Vietnam di Hanoi, Indonesia mempamerkan kualiti permainan terbaik walaupun gagal menguasai perlawanan.

Indonesia hanya memperolehi 39 peratus penguasaan bola berbanding Vietnam yang menguasai 61 peratus penguasaan. Namun penyudah klinikal pemain Indonesia menjadi pemisah di antara kedua-dua pasukan.

Kesebelasan utama Indonesia ketika menentang Vietnam telah memberikan satu signal bahawa mereka akan menjadi kuasa baru Asia pada masa hadapan apabila beberapa pemain Indonesia beraksi di liga utama eropah.

Selain beraksi di eropah, kebanyakan pemain-pemain ini masih muda dan berkemungkinan dapat menyarung jersi kebangsaan Indonesia dengan tempoh yang agak panjang selepas ini.

Pemain-pemain seperti Nathan Tjoe-A-On, Ragnar Oratmangoen dan Thom Haye merupakan pemain yang beraksi di liga utama eropah iaitu Liga Eridivise Belanda, Marselino Ferdinan pula di Belgium manakala Jay Idzes pula beraksi di saingan Serie B Itali.

Selain nama-nama tersebut, barisan pemain simpanan juga menyaksikan terdapat seorang lagi pemain muda yang beraksi di eropah iaitu Rafael Struick kini bersama Ado Den Haag di Belanda.

Dengan usia yang masih muda dan pengalaman beraksi di eropah, semestinya kelibat Indonesia di peringkat antarabangsa akan menjadi tumpuan banyak pihak selepas ini.