Advertisements
“Keserasian Antara Pemain Harimau Malaya Bakal Tiba” – Endrick Dos Santos
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos mengakui tahap keserasian dengan rakan sepasukan juga akan pasti dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk bergandingan dengan seorang lagi pemain naturalisasi, Paulo Josue dan juga Brendan Gan.

Mengulas lanjut, beliau kelihatan cukup teruja dan bersemangat untuk terus membantu skuad kendalian Kim Pan-gon mengecapi lebih banyak kejayaan.

Katanya, keserasian antara muka baharu dan lama sedang dibentuk bagi membawa cabaran negara ke Piala Asia.

“Saya rasa dari semasa ke semasa pemain akan menjadi lebih baik.”

“Saya hadir untuk membantu pasukan sama ada melalui jaringan atau bantuan gol atau turut berjuang bersama-sama di atas padang. Apa yang penting kita berjaya melakar kemenangan” katanya kepada MakanBola.

Beliau juga mengakui selesa memainkan peranan bersama skuad kebangsaan sungguhpun terpaksa beraksi pada posisi yang lebih bawah dari kebiasaan.

Pada aksi semalam, Endrick diletakkan selaku pemain di posisi nombor 8 bersama Brendan Gan dan melaksanakan tugas dengan cukup cemerlang.

Malaysia akan beraksi menentang Hong Kong pada 28 Mac ini .