Ketangkasan Tak Masuk Akal Rahadiazli Sekat Malam Pesta Gol JDT

Rahadiazli TFC Ketangkasan Tak Masuk Akal Rahadiazli Sekat Malam Pesta Gol JDT
Terengganu FC
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Kecekapan aksi penjaga gol muda pasukan Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim ketika bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berjaya mengelakkan pasukan itu daripada dimalukan.

Penjaga gol berusia 21 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama untuk menjadi benteng terakhir pasukan ternyata menjadi tunjang utama dalam perlawanan tersebut.

Beliau dipaksa untuk melakukan beberapa usaha penyelamatan yang cukup luar biasa untuk menafikan beberapa percuban berbahaya yang dicipta oleh barisan serangan JDT.

Sungguhpun pada separuh masa pertama, anak jati Terengganu ini terpaksa akur dengan kualiti yang dimiliki oleh jentera serangan Harimau Selatan yang diketuai oleh Bergson Da Silva apabila bolos 2 gol pada separuh masa pertama.

Usaha keras Rahadiazli terserlah pada separuh masa kedua setelah barisan pertahanan pasukan kendalian Nafuzi Zain dilihat gagal untuk membaca asakan bertali arus JDT sekaligus menyebabkan beliau terpaksa melakukan beberapa penyelamatan penting.

Aksi luar biasa penjaga gol muda kebangsaan ini tercipta apabila beliau berjaya menggagalkan impian Bergson Da Silva untuk mencipta hattrick.

Beberapa percubaan oleh Arif Aiman dan juga Fernando Forestieri selain hantaran-hantaran cantik pasukan tuan rumah juga berjaya digagalkan oleh beliau.

Kecekapan Rahadiazli ini sedikit sebanyak telah mengurangkan jumlah jaringan yang diperoleh JDT dalam perlawanan ini.

Terengganu masih tidak dapat memungut sebarang mata dalam dua perlawanan awal Liga Super musim ini.