Advertising
Ketenangan Bergson Buat Nizaruddin Yusof Kagum
MakanBola
Johor Southern Tigers

Ketenangan yang dipamerkan peledak berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva membuatkan bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof kagum.

Penyerang berusia 33 tahun itu makin berbisa dalam Liga Super apabila membantu JDT meraih kemenangan 4-0 ke atas Sabah FC.

Ad

Bergson dan pemain perancang Sepanyol, Juan Muniz masing-masing menyumbat dua gol buat Harimau Selatan. Dua gol tersebut turut memperkukuh kedudukannya selaku peneraju gol terbanyak liga dengan 23 gol.

Ad

Gol keempat JDT yang dihasilkan Bergson menarik perhatian Nizaruddin. Ini kerana meskipun beliau dicabar Farhan Roslan, penyerang Brazil itu tetap fokus melakukan larian sebelum menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.

Ketenangan yang dipamerkan Bergson semasa menjaringkan gol tersebut mengingatkan Nizaruddin kepada kehebatan seorang lagi bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali.

Ad

“Bergson dengan pantas (membuat larian) sebab dia sudah semakin dekat dengan bola dan memenangi bola,” katanya semasa menjadi panel Arena Bola.

Ad

“Dan dia terus membawa bola dalam 20 hingga 30 meter di hadapan sebelum melakukan satu penyudah yang agak tenang seperti yang saya selalu lihat Safee Sali lakukan.”

Ad

Rekod gol menarik yang dimiliki Bergson turut menjadikan beliau antara calon pemain naturalisasi baru buat Harimau Malaya.

Rekod 23 gol yang dimilikinya jauh meninggalkan pencabar terdekat iaitu kapten KL City FC, Paulo Josue. Josue sudah meledakkan 11 gol dalam liga setakat ini.