“Ketika Bertahan Dia Akan Tekan, Sama Macam Safee Sali” – Razman Roslan
AFC Cup
Astro Arena
Advertisements

Kualiti yang dimiliki oleh penyerang utama Sabah FC, Darren Lok meraih perhatian bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan.

Penyerang berusia 32 tahun itu mencatat satu lagi jaringan untuk membantu The Rhinos layak ke peringkat separuh akhir Piala AFC antara zon Asean.

Bintang kelahiran England-Malaysia ini terus diberi kepercayaan untuk memacu cabaran pasukan dan kini menjadi antara pemain paling digeruni oleh lawan.

Advertisements

Menurut pemerhatian oleh Razman Roslan, usaha yang diletakkan oleh Darren sepanjang permainan telah menjadi kunci kepada kejayaan pasukan dan yakin barisan pertahanan lawan tidak gemar apabila berdepan dengan pemain seperti ini.

“Ketika melakukan bertahan dia (Darren Lok) akan melakukan tekanan. Sama macam Safee Sali. Beliau juga memiliki kelebihan fizikal dan ini menjadi kelebihan buatnya.”

“Kelebihan juga buat pasukan untuk ada pemain seperti ini tetapi beliau memerlukan servis daripada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol. Namun begitu, dari segi kerja di atas padang tidak boleh dinafikan, beliau akan bekerja keras untuk mendapatkan bola,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Perkara ini dipersetujui oleh Safee Sali yang melihat kelebihan pemain ini yang mampu bekerja dengan baik sungguhpun tanpa bantuan rakan pada sesetengah keadaan.

“Kita boleh lihat beliau (Darrren) boleh bekerja di atas sendirian walaupun rakan-rakan lambat untuk naik.”

Sabah kini menjadi wakil Malaysia yang lolos ke peringkat separuh akhir sementara Terengganu masih perlu beraksi satu lagi perlawanan untuk mengesahkan slot.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram