Ketum PSSI Bangga Jordi Amat Pindah Dari Eropah Ke JDT
Dunia
Antara Foto
Advertisements

Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan menyatakan rasa kagum dan bangga terhadpa bintang pasukan Indonesia,

Jordi Amat yang memilih untuk meninggalkan bumi Eropah untuk beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bekas bintang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut memberi kejutan apabila memilih pasukan Harimau Selatan tatkala beliau dikhabarkan menerima tawaran daripada beberapa kelab di Korea dan Jepun.

Advertisements

Namun begitu, individu yang mesra disapa Iwan Bule itu mengakui berasa bangga apabila melihat beberapa pemain Indonesia berkelana di Malaysia untuk mengembangkan karier.

Katanya, langkah ini amat penting kerana Liga Malaysia juga mempunyai standard dan kualiti yang amat baik di Asia Tenggara.

Advertisements

“Kita bangga jika mereka bermain di Malaysia, ada satu di Sabah iaitu Saddil Ramdani.”

“Tetapi kita bangga juga ada timnasi kita yang bermain di Johor. Itu luar biasa, berpindah dari Eropah ke Johor,” jelasnya kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Beliau juga berharap agar negara serumpun ini dapat terus memperkasakan bakat-bakat baharu dan juga kualiti liga bagi meningkatkan mutu bola sepak di rantau ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram