Ketum PSSI ‘Mengetum’ Tak Cukup Tanah

Iwan Ketum PSSI Ketum PSSI 'Mengetum' Tak Cukup Tanah
Foto: PSSI
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (Ketum PSSI), Mochamad Iriawan terus menjadi bahan bualan warganet apabila sebuah klip beliau sedang menyepak bola di atas padang telah tersebar.

Beliau yang juga mesra dikenali dengan jolokan Iwan Bule telah hadir ke Stadium I Wayan Dipta bagi merasmikan aksi pertama saingan BRI Liga 1 Musim 2022/2023 antara pasukan Bali United dan Persija Jakarta. 

Advertisements

Perlawan pertama Liga Indonesia itu menyaksikan Bali United menang tipis, 1-0 keatas Persija Jakarta. 

Sebelum aksi bermula, Iwan Bule bersama-sama pengurus PSSI telah turun ke padang, menyepak bola sebagai tanda atau simbolik perasmian loga. Apa yang menariknya, sepakan mereka masing-masing tak pergi jauh dan salah seorang daripada mereka kasutnya tercabut setelah sepakan dilakukan. 

Advertisements

Aksi lucu itu terus mendapat perhatian seluruh peminat bola sepak apabila potongan video tersebut telah diciap Out Of Context Football di laman Twitter.

Ciapan tersebut mendonia apabila mendapat sebanyak lima ribu Retweet dan 59 ribu Likes. Hantaran tersebut terus tersebar dan menjadi bualan ramai pengguna Twitter di ruangan komen.

Advertisements