Khalid Ali Teruja Dengan Taktikal Kim Pan-gon Dan Aksi Harimau Malaya
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Walaupun beliau kerap memberikan kritikan kepada pasukan bola sepak negara namun bekas pemain kebangsaan. Khalid Ali akui bahawa corak permainan yang dimainkan skuad negara dibawah kendalian Kim Pan-gon sudah banyak berubah.

Khalid yang turut turun ke stadium untuk menyaksikan aksi Harimau Malaya tempoh hari mengakui dapat merasakan aura dari setiap pemain dan berharap agar tiada pihak akan mengganggu kerja Kim Pan-gon sebagai jurulatih.

“Kita tidak boleh nafikan yang pasukan kita memang banyak berubah. Apabila dapat berada di stadium dan melihat sendiri pasukan negara beraksi, saya rasa seperti aksi Kelayakan O­limpik dulu. Saya dapat rasakan auranya, macam saya bermain dengan Korea Selatan.

Advertisements

“Mereka bermain dengan penuh semangat dan bergerak sebagai satu pasukan. Cukup seronok untuk menyaksikan persembahan pasukan dalam tiga perlawanan ini dan saya harap Pan Gon tidak diganggu, biarlah dia buat kerja dengan baik untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi,” katanya kepada Sukan Kosmo.

Walaupun skuad negara pernah beraksi di Piala Asia 2007 selaku tuan rumah, namun untuk layak secara merit sememangnya bukan satu tugas yang mudah selepas terpaksa menanti sehingga 42 tahun. Kali terakhir Malaysia layak secara merit adalah pada tahun 1980.

Ketika ditanya mengenai perubahan yang dibawa Kim Pan-gon kepada skuad kebangsaan, Khalid jelas teruja dengan aksi pemain negara yang kini dilihat lebih berani untuk memecah pertahanan lawan serta dapat mengekalkan konsistensi sepanjang 90 minit permainan.

Advertisements

“Jika dulu, pemain sayap kita hanya dapat melakukan hantaran lintang tetapi dengan sistem dua sayap kanan dan satu sayap kiri, kita dapat menembusi pertahanan lawan.

“Dia (Pan-gon) tahu mengenai pemain jadi dia rangkumkan sekali. Sebab itu kita nampak pasukan kita mampu beraksi baik sepanjang 90 minit,” kata­nya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram