Khalid Samad Pelik Dengan Kesuraman Penyokong KL City Di Stadium
Dunia
Kuala Lumpur City
Advertisements

Walaupun berjaya merangkul Piala Malaysia musim lalu dan layak ke pusingan pusingan separuh akhir Piala AFC Zon Asean musim ini, namun Kuala Lumpur City FC jelas sekali mengalami masalah kekurangan penyokong yang hadir ke stadium.

Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad berharap supaya lebih ramai penyokong KL City hadir ke stadium untuk memberikan sokongan. Khalid merasakan kadangkala KL City seperti dilihat beraksi di stadium lawan apabila melihat penyokong lawan lebih ramai membanjiri stadium berbanding penyokong KL City.

“Kadangkala kita beraksi di stadium sendiri tetapi malangnya, nampak seperti kita main di stadium orang lain. Nampaknya penyokong luar yang lebih ramai lagi lagi kalau beraksi menentang pasukan yang besar dan ternama.

Advertisements

“Contohnya seperti aksi menentang Sri Pahang FC dan Melaka United (MU) sebelum ini, kita seolah olah tidak pasti kita bermain di stadium mana.

“Jadi saya menyeru warga Kuala Lumpur yang memiliki visi, wawasan dan harapan yang sama dengan kami yang mahu menjadikan pasukan ini seperti mana yang boleh dibanggakan. Kita mahu mereka bersama kita,” luah Khalid Samad.

Khalid dalam masa yang sama mengingatkan para penyokong KL City tidak hanya menonton atau mengikuti perlawanan KL City melalui youtube sahaja.

Advertisements

“Penyokong janganlah setakat ikut pasukan menerusi Youtube ataupun di rumah, zahirkan sokongan anda dengan hadir ke stadium bagi menjayakan usaha kita ini,” kata Khalid kepada Arena Metro.

KL City kini berada di tangga ke-6 Liga Super dengan mengumpul 13 mata dari 10 perlawanan. Mereka dijadualkan akan bertemu Petaling Jaya City FC (PJ City) pada 16 Julai ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram