Dunia
FC Porto
Advertisements

Bukan mudah untuk menjadi seorang pemain yang menjadi rebutan kelab-kelab besar eropah. Berbekalkan prestasi konsisten dan kualiti tinggi yang dimiliki, pemain FC Porto, Zaidu Sanusi menjadi rebutan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Zaidu Sanusi merupakan pemain pertahanan kiri untuk pasukan FC Porto yang beraksi di Liga Portugal. Selain itu, beliau juga merupakan pemain antarabangsa Nigeria dan sudah mengumpul 10 kaps.

Menurut Dailystar, pasukan Brighton & Hove Albion sedang mencari pengganti sesuai selepas pemain mereka, Marc Cucurella dikejar Manchester City. Brighton melihat Sanusi sebagai calon yang paling sesuai untuk menggantikan tempat Cucurella kelak.

Advertisements
image 4 Khidmat Sanusi Direbut Dua Kelab EPL
Zaidu Sanusi beraksi untuk FC Porto.

Namun begitu, perpindahan Sanusi ke Brighton sedang diintai rapat oleh sebuah lagi kelab EPL iaitu Crystal Palace. Sanusi pastinya akan memilih pasukan yang akan menjanjikan peluang bermain sama seperti di Porto.

Sanusi, 25, menjaringkan tiga gol dalam 40 penampilan untuk kelab gergasi Portugal itu di semua pertandingan dalam kempen 2021-2022, dan beliau masih mempunyai baki tiga tahun dalam kontraknya bersama Porto.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram