Khuzaimi Piee Selesa Beraksi Dengan Taktikal Kim Pan-gon
Dunia
fa malaysia
Advertisements

Pertahanan kental Harimau Malaya, Khuzaimi Piee akui tidak menghadapi sebarang masalah dengan taktikal yang di bawa Kim Pan-gon.

Ketangkasan yang beliau tampilkan ketika mengetui jentera pertahanan pada aksi bertemu Brunei tempoh hari cukup membuktikan beliau miliki elemen penting yang di mahukan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Menurut yang dilaporkan daripada Harimau Malaya Youtube, oleh kerana sudah biasa beraksi sebagai pertahanan tengah atau kiri pemain negeri sembilan ini cukup selesa dengan variasi formasi yang diterapkan Pan-gon.

Advertisements

“Bagi saya benda itu tidak menjadi masalah sebab sebelum-sebelum ini pun macam saya dah terbiasa bermain ‘fourback’, ‘threeback’, jadi untuk saya ada sedikit kelebihanlah,”

“Bagi kami, setiap kesilapan yang kami lakukan kami perlu perbaiki sebab kita tahu dalam kelayakan Piala Asia setiap kesilapan boleh membawa padah,” kata Khuzaimi kepada Harimau Malaya.

Khuzaimi turut menjadi pencetus kepada gol ketiga selepas menghasilkan peluang penalti yang mudah disempurnakan penyerang kebangsaan, Guilherme De Paula ketika menentang Brunei.

Advertisements

Bukan itu sahaja, beliau telah tampil dengan aksi yang cukup positif ketika diturunkan dalam perlawanan persahabatan Tri Nations di Singapura.

Konsistensi yang dipamerkan pemain berusia 28 tahun ini bakal terus ditagih peminat bola sepak Harimau Malaya menjelang pertemuan Hong Kong kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram