Khuzaimi Piee Tuntut Lebih Serius Kekang TFC
Dunia
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Pemain Negeri Sembilan FC, Khuzaimi Piee tekad untuk memberikan segalanya buat pasukan dalam usaha melayakkan Skuad Jang meneruskan cabaran di pentas Piala FA 2022.

Negeri Sembilan FC dijadualkan bertemu Terengganu FC dalam perlawanan tertunda pusingan pertama Piala FA pada esok, 29 April 2022. Pasukan yang menang akan berentap menentang Kedah Darul Aman di pusingan kedua, peringkat kalah mati.

Pertahanan tengah yang berusia 28 tahun itu berpendapat Terengganu merupakan sebuah pasukan yang tidak boleh dijangka kerana mereka memiliki ramai pemain yang berbakat dan berpotensi besar untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Advertisements

“Kita tahu Terengganu ada ramai pemain muda jadi kita tak boleh nak jangkakan sebab kalau tengok aksi sebelum ini, mereka banyak membuat pertukaran pemain dengan pemain muda.”

Jelas Khuzaimi, beliau dan rakan sepasukannya berazam untuk bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin bagi mengekang pasukan Terengganu daripada meledak.

Tambah Khuzaimi, saingan Liga Super dan Piala FA ini adalah berbeza, jadi beliau berharap skaud kendalian K. Devan mampu memberikan tentangan dengan lebih serius.

Advertisements

“Kita tidak akan tumpu dekat seorang pemain mereka sahaja dan kita kena ambil tanggungjawab untuk aksi lawan Terengganu ini dengan lebih serius,” ujar Khuzaimi kepada Sinar Harian.

Anak jati kelahiran Krubong Melaka ini bagaimanapun tidak mahu rakan sepasukannya terus dibuai lena dengan kosnsitensi semasa Skuad Jang ketika ini.

“Walaupun kita sedang konsisten dengan perlawanan di Liga Super sekarang, tetapi apa sahaja boleh berlaku dalam Piala FA sebab ini adalah perlawanan kalah mati.” kata Khuzaimi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram