Ads
Dunia
AzriHaziq/MakanBola

Pertahanan tengah pasukan negara, Khuzaimi Piee percaya bahawa pasukan akan memberikan segalanya dalam usaha untuk memperoleh mata menentang Bahrain esok.

Advertisements

Pemain berusia 28 tahun itu tidak lagi beraksi dalam Kelayakan Piala Asia ini namun masih optimis bahawa peluang beliau akan tiba kelak.

Advertisements

Malah, pertahanan kebal Negeri Sembilan FC ini sering mempamerkan kemampuan sebenarnya setiap kali diberi peluang dan menjadi sandaran utama Kim Pan-gon sebelum ini.

Advertisements

Advertisements

Dalam satu temubual pra perlawanan pagi tadi, Khuzaimi akui beliau sentiasa bersedia untuk diturunkan.

“Semestinya saya sangat bersemangat untuk beraksi namun saya yakin pemain yang diberi peluang sentiasa memberikan yang terbaik.”

Advertisements

Bekas pertahanan Melaka United ini juga yakin setiap pemain bakal memberikan segalanya bagi meraih mata menetang lawan yang lebih baik rangkingnya ketika ini.

“Para pemain akan berikan 120% dan memastikan Malaysia berjaya memperoleh mata.”

Pada perlawanan pembukaan tempoh hari, Malaysia menampilkan aksi yang cukup memberangsangkan untuk membenam cabaran Turkmenistan dengan keputusan 3-1.

Advertisements

Kini, cabaran sebenar pasukan kebangsaan untuk menyukarkan tugas Bahrain Sabtu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram