Kim Pan-gon Ada Sebab Tersendiri Kenapa Memanggil De Paula
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menjelaskan bahawa beliau memilih Guilherme De Paula adalah bukan sebab individu akan tetapi ia lebih kepada strategi bagi satu pasukan.

Jurulatih kelahiran Korea Utara itu mahu melihat sendiri keupayaan dan kebolehan yang mampu dipamerkan oleh De Paula kepada pasukan kebangsaan.

“Saya faham ia satu kejutan apabila kami menyenaraikannya dalam kem latihan pusat kali ini. Apabila saya memilih pemain ia bukan disebabkan individu itu semata-mata tapi tapi lebih kepada kebaikan untuk kumpulan.

Advertisements

“Sebab pada akhir manti saya tidak mahu menyesal dengan keputusan yang dibuat. Walaupun banyak orang berkata mengenai dirinya, tapi saya mahu lihat dia bermain di depan mata saya sendiri.

Dalam pada itu, jurulatih berusia 53 tahun itu turut membawa nama-nama baru ke kem latihan untuk mewujudkan ‘saingan sihat’ antara satu sama lain dalam pasukan kebangsaan.

Tambah Pan-gon, senarai 29 pemain yang dipilih akan diperhalusi semula dan di nilai sebaiknya sebelum senarai akhir dikeluarkan. Beliau turut berharap agar peminat bola sepak Harimau Malaya akur dan memahami keputusan yang telah dibuat.

Advertisements

“Malah saya juga ada bawa sembilan muka baharu bagi kem latihan pusat kali ini untuk mewujudkan suasana kompetitif dalam pasukan.

“Kesemua pemain ini masih belum tentu berada dalam senarai akhir kerana semua akan dinilai terlebih dahulu sebelum disenarai dalam senarai akhir. Saya harap anda memahami keputusan yang dibuat,” jelas Pan-gon dalam sidang media dipetik daripada Sinar Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram