Kim Pan-gon Akhirnya Panggil Juga Matthew Davies
Dunia
Instagram: @famalaysia
Advertisements

Kim Pan-gon telah membuat keputusan untuk memanggil pertahanan pasukan JDT, Matthew Davies sekaligus mewujudkan semula persaingan sengit pada posisi pertahanan kanan pasukan.

Pemain berusia 27 tahun itu sedang menikmati prestasi terbaiknya sejak musim lalu apabila menjadi watak penting buat pasukan kendalian Benjamin Mora .

Malah, bekas pertahanan pasukan Pahang ini juga seringkali memperagakan aksi yang sangat baik terutamanya ketika membantu pasukan melakar kejayaan menjulang Liga Super.

Advertisements

Rentetan daripada itu, pasukan Harimau Selatan juga menampilkan aksi yang cukup luar biasa untuk menjadi juara kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selain beliau menjadi pemain utama dalam kejohanan tersebut.

Sungguhpun berlaku perubahan posisi apabila beliau kini lebih kerap beraksi sebagai pertahanan tengah, namun fleksibiliti ini sudah pasti menjadi aset buat Harimau Malaya.

Beliau dijangka bakal berdepan saingan sengit apabila pengendali daripada Korea Selatan itu turut menagih khidmat pertahanan Eropah, Dion Cools.

Advertisements

Cools juga merupakan sebahagian daripada pasukan yang turun dalam perlawanan persahabatan di Singapura baru-baru ini.

Malah, beliau menjadi sandaran utama pasukan ketika mencatat kemenangan ke atas Filipina sungguhpun tewas kepada Singapura.

Beliau juga menjadi tunjang utama buat pasukan pinjamannya, SV Zulte Waregem apabila beraksi hampir kesemua perlawanan sebagai pertahanan utama.

Advertisements

Kini, Pan-gon sudah pasti mahu dimanfaatkan kelebihan yang dimiliki oleh kedua-dua pemain ini ketika Malaysia bakal berdepan Brunei dan juga Hong Kong hujung bulan ini sebelum menghadapi Kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram