Kim Pan-gon Akui Kehebatan Bahrain
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon menyatakan bahawa beliau memiliki cara yang tersendiri untuk mencari kemenangan buat negara dalam aksi kedua Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Bahrain malam esok.

Walaupun menganggap ianya sukar beliau akan pastikan anak buahnya bekerja keras untuk memberi saingan yang tinggi dalam perlawanan esok.

Jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu turut gembira tiada pemain yang mengalami kecederaan ketika perlawanan yang lepas kerana bagi beliau kekuatan fizikal bukan gaya permainan terbaik buat Malaysia.

Advertisements

“Kita hormati Bahrain, mereka pasukan yang terbaik di Asia dan mereka pernah layak ke pusingan akhir peringkat Asia serta antara salah satu pasukan yang bersaing hebat.”

“Aksi-aksi sebelum ini pun mereka lalui saingan dengan baik dan kami hormati mereka. Tapi kami ada cara tersendiri untuk mencari kemenangan, jadi kami akan bekerja keras untuk memberi tentangan.”

“Ia permainan yang sukar, jika kita gunakan kekuatan fizikal ke atas mereka sememangnya sukar. Tapi tanpa kecederaan pada perlawanan yang lalu, ia sedikit sebanyak menggembirakan pasukan.”

Advertisements

“Kita akan sedia dari segi mental dan kita akan bersedia untuk mencari keputusan yang terbaik dalam aksi berikutnya,” kata Pan-gon ketika sesi sidang media pra perlawanan hari ini.

Skuad kendalian Kim Pan-gon kini mengungguli carta saingan Kumpulan E dan perlawanan menentang Bahrain ini merupakan misi utama pasukan negara layak ke Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram