Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon hadir bertemu dengan para pemain skuad bawah 19 tahun negara menjelang aksi di pentas Piala AFF B-19 2022.
Dalam satu perjumpaan di Hotel Armada pada semalam, Kim Pan-gon bersama delegasi FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin tampil memberikan suntikan semangat buat para pemain muda negara.
Kim Pan-gon turut memanfaatkan peluang tersebut dengan memberikan motivasi tambahan dan menyampaikan kata-kata berharga sebelum mereka berlepas ke Jakarta hari ini.
Skuad kendalian Hassan Sazali Mohd Waras bakal memulakan kempen Kejuaraan Piala AFF B-19 pada 2 Julai kelak.
Perlawanan-perlawanan ini akan berlangsung di dua buah stadium iaitu Stadium Madya, GBK, Jakarta dan juga Stadium Patriot, Bekasi. Malaysia telah diundi dalam saingan kumpulan B bersama-sama pasukan Laos, Timor-Leste, Kemboja dan Singapura.