Kim Pan-gon Bakal Hilang Khidmat Syamer Kutty
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Jurulatih Kebanggsaan, Kim Pan-gon bakal terlepas khidmat pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba bagi aksi siri persahabatan antarabangsa dan juga Piala AFF Mitsubishi Electric yang akan berlangsung hujung tahun ini.

Menurut wartawan rasmi Astro Arena, Zulhelmi Zainal menyatakan bahawa Syamer telah dihantar ke Barcelona, Sepanyol untuk menjalani pembedahan lutut dengan lebih lanjut. 

Pemain berusia 24 tahun ini turut dikatakan bakal terlepas aksi saingan Liga Juara-Juara (ACL) bersama JDT pada 19 Ogos ini menentang Urawa Red Diamonds. 

Advertisements

Pemain tengah berbakat ini merupakan tunjang utama skuad kebanggsaan yang telah berjaya membawa Malaysia ke Piala Asia 2023 dibawah kendalian Kim Pan-gon. 

Jika kecederaan yang dialami oleh pemain muda ini serius, beliau bakal terlepas kedua-dua aksi penting bersama JDT dan Harimau Malaya. 

Pastinya ketiadaan Syamer Kutty di jentera tengah Malaysia akan sedikit sebanyak menggangu perancangan yang telah diatur oleh Kim Pan-gon.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram