Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon hari ini menjelaskan kepada umum mengenai perancangan beliau sebaik sahaja dimumkan sebagai pengendali baharu Malaysia.
Dalam sidang media tersebut, jurulatih berusia 52 tahun itu sudah pun memberi gambaran awal mengenai hasrat dan juga keinginannya untuk memperbaiki beberapa kelemahan dalam kem negara.
Bukan itu sahaja, beliau juga optimis untuk memberikan segalanya dalam memastikan hasrat para penyokong dapat dilaksanakan terutamanya dalam mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia.
Ketika ditanya mengenai bayangan pemain yang bakal dipilih oleh barisan kejurulatihan baharu, beliau menegaskan penilaian akan dibuat dari semasa ke semasa dalam membentuk gabungan terbaik.
Sambil itu, beliau tidak menaruh harapan hanya kepada sesetengah individu sebaliknya ingin membentuk permainan berdasarkan satu pasukan.
‘Saya tidak melihat kepada status pemain itu sama ada beliau pemain tempatan, warisan mahupun pemain naturalisasi.’
‘Saya akan memilih pemain berdasarkan prestasi dan juga penerapan taktikal yang saya akan terapkan ke dalam pasukan,’ – Jelaskan dalam sidang media sebentar tadi.
Ketika ini, tugas utama Pan-gon adalah untuk melihat aksi para pemain apabila bermulanya liga yang dijangka pada awal bulan Mac sebelum menghadapi perlawanan persahabatan kalendar FIFA juga pada Mac.