Kim Pan-gon Beri Syafiq Ahmad Lilitan Kapten Berdepan Filipina?
Dunia
FAM
Advertisements

Penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi kapten pasukan negara ketika berdepan Filipina malam ini.

Pemain berusia 26 tahun ini boleh dikatakan sedang menikmati prestasi terbaiknya musim ini setelah kembali ke pangkuan pasukan lamanya secara pinjaman dari JDT.

Bukan itu sahaja, kini nama Syafiq antara salah seorang yang dijangka bakal mengetuai pasukan kebangsaan ketika beraksi di Singapura bermula malam ini.

Advertisements

Sebelum ini, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu telah pun memaklumkan bahawa beliau kini mempunyai empat profil yang dirasakan sebagai calon yang paling ideal untuk mengetuai pasukan.

Selain itu, beliau dan barisan kejurulatihan yang lain juga telah pun meneliti secara terperinci sebelum membuat keputusan untuk melantik kapten Harimau Malaya yang baharu.

Nama Syafiq Ahmad dikatakan menjadi bualan hangat susulan komitmen yang diberikan dalam latihan di bawah Pan-gon selain menjadi tunjang utama di peringkat kelab musim ini.

Advertisements

Menurut satu laporan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, terdapat dua nama yang disebut-sebut bakal mengetuai pasukan malam ini iaitu bekas kapten pasukan negara, Safiq Rahim dan juga Syafiq Ahmad.

Safiq membuat kemunculan semula bersama Harimau Malaya jelas merupakan seorang kapten yang berpengalaman selain beraksi cemerlang bersama JDT musim lalu.

Pemain berusia 35 tahun itu juga mempunyai karakter yang sangat sesuai untuk terus diberikan kepercayaan sebagai kapten kali ini.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Syafiq Ahmad mungkin diberikan kepercayaan dalam era baharu di bawah Pan-gon bagi membentuk sebuah skuad yang lebih ampuh.

Beliau juga telah menjaringkan 1 gol dan melakukan 1 bantuan gol bersama Kedah dalam saingan Liga Super.

Malaysia bakal berdepan pasukan Filipina pada jam 8 malam ini sebelum sekali lagi turun menentang Singapura pada Sabtu ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram