Kim Pan-gon Akhirnya Jumpa Calon Kapten ‘Idaman’ Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pengendali pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon dilaporkan sudah menemui individu yang dirasakan mampu untuk mengetuai Malaysia kali ini.

Menurut satu penjelasan, jurulatih berusia 52 tahun itu sudah pun menyenarai pendek empat orang individu yang dilihat sebagai calon ideal untuk mengemudi pasukan bimbingannya.

Sungguhpun begitu, nama keempat-empat orang pemain ini masih tidak diumumkan secara rasmi walaupun beliau telah pun membuat penilaian secara terperinci.

Advertisements

Pan-gon juga sempat bertemu dengan keempat-empat pemain selain mereka telah pun menunjukkan sikap kepimpinan yang baik sepanjang menjalani kem latihan pusat skuad kebangsaan kali ini.

Beliau turut menilai peranan kapten berdasarkan tiga faktor iaitu pengalaman, umur dan juga posisi.

‘Semalam saya ada berjumpa dengan empat calon kapten dan saya amat menghargai sikap profesional mereka yang amat baik.’

Advertisements

‘Mereka mendorong pemain kami untuk bermain baik dan mempamerkan sesuatu yang amat baik, jadi saya menghargai sumbangan empat pemain ini dan saya menjangkakan mereka mampu meneruskan perkara itu,’ -Jelasnya kepada Stadium Astro.

Beliau yang turut menyatakan sebelum ini bahawa para pemain sudah pasti mampu untuk merencanakan taktikalnya di atas padang menjelang pertemuan esok.

Kehadiran kapten yang tepat mampu menjadi ’suara’ beliau di atas padang.

Advertisements

Malaysia akan memulakan saingan di Singapura dengan berdepan Filipina malam esok sebelum menghadapi tuan rumah tiga hari kemudian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram