Kim Pan-gon Mahu Berikan Segalanya Buat Harimau Malaya
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Pengendali baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon secara rasminya telah diperkenalkan oleh media hari ini sebagai jurulatih bersama-sama 4 orang pembantunya sekaligus mengesahkan keberadaan bersama pasukan kebangsaan bermula hari ini.

Dalam sidang media sebentar tadi, pengendali berusia 52 tahun itu menjelaskan bahawa beliau berasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk melatih pasukan kebangsaan Malaysia.

‘Peluang untuk membimbing pasukan (Malaysia) merupakan satu penghargaan buat saya dan juga satu penghormatan yang besar.’

Advertisements

Sambil itu, bekas pengendali pasukan kebangsaan Hong-Kong ini juga sedar mengenai harapan yang diletakkan terhadapnya untuk mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Malaysia.

‘Saya tahu 35 juta orang sedang memerhatikan kita dan saya akan pastikan bahawa saya berusaha untuk membuat mereka gembira dan bangga.’

‘Saya juga akan berjuang dengan nama Malaysia,’ – Jelasnya dalam sidang media tersebut.

Advertisements

Beliau juga optimis untuk terus memperbaiki beberapa kelemahan yang terdapat dalam skuad Harimau Malaya ketika ini dalam usaha untuk membuat persiapan terbaik menjelang kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram