Kim Pan-gon Buat Panggilan Kecemasan Tagih Khidmat Shahrul Nizam
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pertahanan kental pasukan Terengganu FC, Shahrul Nizam Roshani telah mendapat panggilan skuad kebangsaan pada saat-saat akhir.

Perkara itu disahkan agen bola sepak tempatan, Joe Estrada dalam IG Story miliknya. Joe dilihat sedang membuat satu panggilan video bersama Shahrul Nizam sambil mengucapkan selamat maju jaya buat pemain berusia 23 tahun itu.

Shahrul Nizam dijangka akan melapor diri dalam masa terdekat ini kerana para pemain Harimau Malaya yang lain telah dipanggil untuk melapor diri sejak semalam, 19 Mei 2022.

Advertisements

Shahrul Nizam atau lebih mesra disapa Nijey perlu membuktikan kemampuan sebenar dalam sesi latihan pusat bagi merebut slot 23 pemain terakhir sebelum melayakkan dirinya beraksi di kempen Kelayakan Piala Asia 2023.  

Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Brunei pada 27 Mei 2022 dan Hong Kong pada 1 Jun 2022 sebelum bersaing dalam tiga perlawanan Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenistan 8 Jun 2022), Bahrain (11 Jun 2022) dan Bangladesh (14 Jun 2022).

Kesemua perlawanan ini dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram