Kim Pan-gon ‘Cedok’ Ilmu Dari Pengurus EPL
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Walaupun kalendar antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hanya bersambung pada Julai ini, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak duduk diam. Selepas sibuk menimba ilmu dengan beberapa kelab di Sepanyol, beliau tidak keberatan berguru dengan beberapa pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) termasuk pengurus West Ham United, David Moyes.

Seperti mana lawatan di Sepanyol, Pan-gon disertai oleh staf kejurulatihan Harimau Malaya lain. Mereka ialah penolong jurulatih Pau Marti Vicente, jurulatih penjaga gol, Cho Jun-ho jurulatih kecergasan, Park Ji-hyeon dan penganalisis prestasi, Lim Jae-hun.

Sepanjang seminggu berada di London, United Kingdom, mereka bukan saja berpeluang meninjau kemudahan yang dimiliki Hammers. Malah, Pan-gon dan barisan stafnya berpeluang bercakap dengan pegawai dan staf kejurulatihan West Ham termasuk Moyes.

Advertisements

Selain Hammers, barisan kejurulatihan Harimau Malaya turut berkesempatan mengadakan lawatan ke Brighton and Hove Albion. Selain meninjau kemudahan yang dimiliki Seagulls, Pan-gon dan staf-stafnya turut bertemu dengan pegawai dan jurulatih kelab.

Mereka juga bertuah kerana berpeluang menonton dua perlawanan EPL iaitu kemenangan 2-1 Liverpool ke atas West Ham di Stadium London pada 27 April dan kemenangan besar 6-0 Brighton ke atas Wolves (29 April). Dalam perlawanan Brighton-Wolves, Pan-gon juga berkesempatan bertemu dengan penyerang Korea Selatan, Hwang Hee-chan.

Mereka telah pulang ke Malaysia semalam dengan semangat dan ilmu baru. Kesemua ilmu dan pengalaman yang ditimba Pan-gon dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya di Sepanyol dan United Kingdom pastinya bakal dimanfaatkan menjelang kalendar antarabangsa FIFA nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram