Kim Pan-gon Diserbu Peminat
MakanBola
FAM

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon hari ini diserbu para peminat sewaktu Karnival Komuniti dan Pesta Air Putrajaya 2023.

Sesi Meet & Greet bersama ketua jurulatih Malaysia di booth Bank Islam Malaysia Berhad itu menerima sambutan hangat para pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dan bergambar dengan figura penting Harimau Malaya ketika ini.

Ad
Advertisement

Kim Pan-gon turut beramah mesra dan tidak keberatan untuk melayan para peminat yang hadir menemui beliau di booth berkenaan.

Ad

Prestasi cemerlang pasukan kebangsaan Malaysia dibawah kendalian Kim Pan-gon ketika ini menerima pujian daripada para penyokong Harimau Malaya.

Advertisement

Kim Pan-gon telah membantu Malaysia menaiki 20 anak tangga untuk menduduki kedudukan ke-134 ketika ini malah aksi positif Malaysia sewaktu bertemu pasukan di ranking lebih tinggi dalam aksi persahabatan yang lalu mengukuhkan nama Kim Pan-gon selaku ketua jurulatih Malaysia.

Laman komen facebook FAM turut dipenuhi dengan kata-kata positif warga Malaysia ketika ini.

Ad
Advertisement

Mohd Firdaus Baharom – “Pertama kali jurulatih Malaysia ramai peminat.”.

Ad

Adam Bin Zu – ” KPG pilihan terbaik.”.

Advertisement

Rafiee Hamzah – ” Terbaik coach KPG digemari ramai.”.

Zulkifli Mahmud – “Excellent coach KPG.”.

Advertisement

Ahmad Afifi Saidin – “Bukan senang lelaki nak minat Korea, KPG👍.”.

Mohd Farid Misi – “Wah, macam selebriti lah KPG.”.

Advertisement

Kim Pan-gon akan menerajui Harimau Malaya pada Oktober kelak dalam kejohanan Pestabola Merdeka yang menyaksikan Malaysia bakal menentang cabaran pasukan India.