Kim Pan-gon Gesa Naik Taraf Infrastruktur Jika Mahu Bola Sepak Malaysia Maju
Dunia
AzriHaziq/MakanBola
Advertisements

Sungguhpun Kim Pan-gon hari ini melaungkan keyakinan bahawa anak buahnya mampu untuk memberikan yang terbaik menjelang pertemuan dengan Bangladesh malam esok.

Beliau dalam sesi temubual pra perlawanan itu menjelaskan, mereka sentiasa peka dengan kemampuan lawannya itu dan yakin pasukan itu bakal hadir dengan pelbagai bentuk ancaman.

Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu mahu mengambil pendekatan yang lebih efisien dalam usaha untuk memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

Advertisements

“Kita harus bersedia dari semua elemen, teknikal, taktikal dan juga persediaan mental.”

Walau bagaimanapun, beliau turut mengulas mengenai keadaan padang yang agak teruk susulan hujan lebat menjejaskan lagi keadaan itu.

Pan-gon mengakui bahawa beliau tidak dapat mengawal cuaca dan situasi yang berlaku di stadium.

Advertisements

Jurulatih berusia 51 tahun itu mengakui struktur permukaan padang amat penting untuk memastikan bahawa corak permainan terbaik dalam ditampilkan oleh para pemain.

“Padang itu sangat penting untuk pembangunan bola sepak.”

“Sekiranya kita mahu wujudkan bola sepak bertaraf tinggi, kita harus memberi infrastruktur yang baik.”

Advertisements

Sambil itu, Pan-gon juga berharap agar kemudahan bertaraf dunia ini bakal diwujudkan pada masa hadapan sekaligus menyaksikan bola sepak negara dapat bersaing di peringkat tertinggi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram