Kim Pan-gon Hargai Jasa TMJ Kepada Harimau Malaya
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menghargai setiap usaha dan penat lelah semua pihak telah membawa kepada kejayaan Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia 2023.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan ini tidak memerlukan masa yang lama untuk terus mencetus impak dan membawa kejayaan yang cukup bermakna untuk menamatkan penantian selama 42 tahun warga Malaysia.

Malah, Pan-gon turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Ibrahim kerana telah menyediakan para pemain yang sangat berkualiti selain mempunyai pengalaman yang cukup luas beraksi di pentas AFC dan juga ACL.

Advertisements

Umum mengetahui bahawa skuad negara ketika ini dibarisi majoritinya pemain daripada pasukan Harimau Selatan yang telah membawa kepada kejayaan bersejarah negara semalam.

Namun begitu, terdapat juga beberapa orang pemain lain yang turut berpeluang untuk menyarung jersi kebangsaan seperti Faisal Halim, Azam Azih, Syihan Hazmi dan lain-lain.

“Saya dapat lihat ramai pemain yang sangat berpotensi dan berkualiti. Ini adalah usaha yang dilakukan oleh bola sepak Malaysia dan bukannya saya.”

Advertisements

“Terima kasih kepada semua penyokong, semua kelab di Liga Malaysia termasuk TMJ  yang turut membantu dengan menghantar 15 pemain JDT untuk buat pasukan negara,”

Malah, beliau juga tidak putus-putus untuk memberi sepenuhnya kredit kepada para pemain yang berjuang bagi memastikan impian negara ke Piala Asia tercapai.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, semua staf FAM yang banyak bantu saya, terima kasih banyak-banyak untuk malam ini.”

Advertisements

” Sekali lagi terima kasih kepada semua penyokong Harimau Malaya,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Pan-gon bakal terus memerhatikan bakat-bakat terpendam yang tidak mendapat peluang bersama negara dalam usaha untuk membuat persiapan terbaik buat negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram