Ads
Dunia
FA Malaysia

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon amat berpuas hati dengan usaha yang tidak mengenal erti penat lelah daripada barisan pemain Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF kali ini.

Advertisements

Malaysia terpaksa menelan hakikat apabila perjuangan kali ini terhenti susulan kekalahan 3-0 ke atas juara bertahan, Thailand.

Advertisements

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun tidak mahu menyalahkan para pemain sebaliknya menghargai usaha dan penat lelah mereka yang telah berjuang bermati-matian buat Malaysia.

Advertisements

Advertisements

Sejurus tamat perlawanan, Pan-gon yakin barisan kejurulatihan dan para pemain akan belajar sesuatu daripada kekalahan ini.

“Kami tewas dalam permainan. Saya tidak mahu berkata banyak tentang prestasi pemain Harimau Malaya.  Saya menghargai mereka kerana mereka mengorbankan percutian dan keluarga mereka selama hampir 50 hari. Terlalu besar pengorbanan ini, ia adalah perjalanan yang indah.” 

Advertisements

Beliau juga menyatakan sepenuh hati akan menggalas tanggungjawab ini dan mahu memandang dari sudut pandang yang positif bagi perkembangan bola sepak kebangsaan.

“Taktikal, strategi, barisan pemain, ini masalah saya, bukan masalah pemain. Sebarang keputusan terletak pada saya. Anda boleh menyerang saya, tetapi bukan pemain.”

 “Lebih baik kami tidak terlalu memikirkan. Dalam tempoh lima minggu lepas, kami bersatu dan positif. Kami bercakap tentang masa depan dan memberi sokongan antara satu sama lain,” jelasnya.

Advertisements

Para pemain akan terbang pulang ke Malaysia dan kembali ke pangkuan kelab masing-masing bagi latihan pra musim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram