Ads
Dunia
FA Malaysia

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menjelaskan bahawa pasukan negara akan terus mengekalkan identiti menyerang ketika berdepan Turkmenistan malam ini.

Advertisements

Pengendali kelahiran Korea Selatan ini juha menuntut anak buahnya agar terus konsisten menampilkan aksi bertenaga dengan terus memberi tekanan kepada lawan agar tidak mempunyai ruang dan peluang.

Advertisements

Malah, beliau juga yakin momentum dan juga semangat juang yang tinggi para pemain ketika ini mampu diterjemahkan dengan baik ketika beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri.

Advertisements

Advertisements

“Seperti kebiasaan, kami mahu mendapatkan kemenangan dan untuk mendominasi perlawanan.”

“Kami mahu menguasai aksi untuk menang dan tidak ada perbezaan sesiapa lawan yang kita temui.”

Advertisements

Jurulatih berusia 51 tahun ini juga mahu menerapkan taktikal yang bersesuaian bagi memastikan harapan untuk membawa pulang 3 mata menjadi kenyataan.

“Kita akan gunakan kaedah sama untuk menang dan sudah tentu ia berdasarkan taktikal pihak lawan.”

“Kita dah lakukan analisis dan saya cukup yakin perlawanan akan berlangsung rancak,” katanya oleh Arena Metro.

Advertisements

Usaha ini juga bagi memastikan hasrat dan sasaran yang ditetapkan untuk memastikan skuad negara berjaya meraih 7 mata berjalan lancar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram