Kim Pan-gon Kini Berada Di Malaysia
Dunia
AFP
Advertisements

Hasrat peminat bola sepak tempatan untuk melihat kelibat jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon dijangka bakal berakhir dalam masa terdekat.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu tiba di Malaysia dari negaranya pada petang semalam.

Jurulatih berusia 52 tahun itu hadir bersama barisan kejurulatihannya yang terdiri daripada jurulatih penjaga gol Cho Jun Ho, Dr Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (penganalisis), manakala penolong jurulatih dari Sepanyol Pau Marti Vicente belum tiba kerana perlu menjalani kuarantin di negaranya.

Advertisements

Beliau sudah mula menjalani kuarantin wajibnya di sebuah hotel, yang dijangka tamat jika diuji negatif untuk COVID-19 pada ujian hari kelima,” katanya kepada Bernama.

Setelah itu, FAM merancang untuk memperkenalkan Pan Gon secara rasmi kepada peminat bola sepak tanah air dalam satu sidang media khas.

Pan Gon dijangka akan menerangkan perancangannya untuk skuad Harimau Malaya pada sidang media tersebut selain mengumumkan lawan yang ditentukan sendiri olehnya bagi siri aksi persahabatan pada jendela Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bermula dari 21 hingga 29 Mac ini.

Advertisements

Bekas jurulatih pasukan kebangsaan Hong-Kong ini juga dijangka bakal mengadakan pertemuan bersama Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, Pengarah Teknikal Scott O’Donell dan Mohd Saifuddin bagi membincangkan perancangan selanjutnya buat pasukan negara.

Bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) itu dijangka akan memulakan tugasnya bersama Harimau Malaya dengan memantau prestasi pemain menjelang aksi sepak mula Liga Super pada Mac seterusnya memilih barisan pemain terbaiknya bagi menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram