Kim Pan-gon Laporkan Kesebelasan Utama Sebelum Perlawanan Kepada TMJ

TMJ Kim Pan gon Hamidin Kim Pan-gon Laporkan Kesebelasan Utama Sebelum Perlawanan Kepada TMJ
Johor Southern Tigers

Kejayaan pasukan bola sepak negara mara ke Piala Asia secara merit ternyata memberikan kegembiraan buat semua rakyat Malaysia yang sudah lama mengidamkan pasukan negara berjaya lolos ke pentas berprestij Asia itu.

Disebalik kejayaan bersejarah Harimau Malaya itu, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim (TMJ) mendedahkan rahsia perbualan aplikasi whatsapp antara baginda dan pengendali skuad bola sepak negara, Kim pan-gon.

Berdasarkan tangkap layar aplikasi whatasapp itu, Pan-gon dilihat akan menghantar laporan mengenai kesebelasan utama yang akan diturunkan sebelum skuad negara turun beraksi. Laporan yang dihantar tidak kira sama ada perlawanan persahabatan mahupun perlawanan Kelayakan Piala Asia.

Selain itu, Pan-gon juga memaklumkan kepada TMJ mengenai 23 pemain akhir yang telah dipilih untuk membawa nama Malaysia mengharungi aksi kelayakan tersebut.

Diambil dari story instagram TMJ

Dalam perlawanan menentang Bangladesh, skuad negara berjaya mendahului seawal minit ke-16 melalui sepakan penalti Safawi Rasid sebelum Bangladesh menyamakan kedudukan melalui tandukan Mohammad Ibrahim pada minit ke-31.

Dion Cools meledak gol kedua pasukan negara pada minit ke-38 untuk mengakhiri separuh masa pertama dengan kedudukan 2-1.

Bersambung babak kedua, Syafiq Ahmad mengukuhkan kedudukan buat skuad Harimau Malaya pada minit ke-47 sebelum penyerang gantian, Darren Lok mengakhiri malam gemilang Malaysia dengan gol keempat pada minit ke-73.

Kemenangan itu menjadikan skuad bimbingan Kim Pan Gon mengumpul keseluruhan enam mata dan menamatkan kempen kelayakan di kedudukan kedua di belakang Bahrain. Ianya sekali gus mengesahkan kemaraan ke Piala Asia selaku lima naib juara terbaik.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah.