Kim Pan-gon Laung Semangat Kebangkitan Buat Pemain B-23 Tahun Negara
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu skuad bawah-23 (B-23) negara melupakan episod duka tersingkir dari perebutan pingat emas Sukan Sea selepas tewas di separuh akhir kepada Vietnam.

Sebaliknya, Pan-gon manyeru para pemain muda negara supaya terus bersemangat kerana perjuangan masih belum selesai dan belajar dari kesilapan yang sudah dilakukan supaya bangkit semula dengan menewaskan Indonesia dalam penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan Sea Hanoi pada Ahad.

“Mereka memberikan usaha yang keras dan sangat kompetitif sebelum dikecewakan dengan satu kesilapan pada minit akhir. Saya harap mereka akan terus berkembang dan pengalaman seperti ini akan menjadikan mereka lebih kuat.

Advertisements

“Semua orang melakukan kesilapan, jadi kita perlu membantu mereka untuk belajar daripada kesilapan ini dan dengan ini, mereka boleh pergi lebih jauh.

“Saya bangga dengan persembahan mereka kerana tidak mudah untuk beraksi dalam masa yang singkat di mana ia menguji kekuatan mental dan fizikal, jadi saya fikir mereka sudah memberikan yang terbaik,” katanya kepada Arena Metro.

Kejayaan pasukan negara mara ke separuh akhir temasya itu boleh dianggap sebagai sesuatu yang membanggakan kerana pasukan B-23 negara berbeza dengan pasukan lain selepas Brad Maloney membuat keputusan untuk tidak menggunakan tiga kuota pemain lebih usia

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram