Kim Pan-gon Mahu Buktikan Malaysia Tetap Lebih Baik Dari Turkmenistan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Menjelang perlawanan persahabatan Malaysia-Turkmenistan esok, jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan-gon percaya anak-anak buahnya mampu mengulangi kemenangan ke atas lawan dari Asia Tengah itu. Ini kerana beliau percaya anak-anak buahnya jauh lebih baik daripada Turkmenistan.

Pada aksi kelayakan Piala Asia yang berlangsung pada Jun tahun lepas, Harimau Malaya membenam Pahlawan Karakum 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Safawi Rasid, Faisal Halim dan La’Vere Corbin-Ong mencatat nama sebagai penjaring dengan Altymyrat Annadurdyyev menjaringkan gol saguhati untuk pasukan pelawat.

Sejak itu, Turkmenistan mencari peluang menebus kehampaan mereka dengan Harimau Malaya. Di bawah bimbingan jurulatih baru Mergen Orazov, lawan yang menduduki ranking ke-135 dunia itu pastinya tidak mahu kecewa lagi.

Advertisements

“Ya, jadi kenapa kita jemput Turkmenistan? Dari segi strategi, kita mahu menjemput satu pasukan yang mempunyai ranking lebih tinggi daripada kita dan satu pasukan yang dikira setaraf dengan kita. Jadi, dari situ, kita boleh belajar dari pasukan yang kuat dan pada masa sama, mengekalkan kedudukan ranking FIFA kita.

“Untuk Turkmenistan, kita menerima cadangan (perlawanan persahabatan) mereka. Saya fikir mereka sangat kecewa selepas tewas kepada Malaysia. Jadi, mereka teruja untuk datang ke Malaysia dan membuktikan keupayaan mereka serta menunjukkan mereka lebih baik daripada Malaysia.

“Jadi, kita gembira dan menjemput mereka datang ke Malaysia serta mahu membuktikan bahawa kita juga lebih baik daripada Turkmenistan. Saya fikir perlawanan esok akan menjadi menarik,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.

Advertisements

Bekas jurulatih Hong Kong itu turut menyifatkan perlawanan esok sebagai peluang menguji sejauh mana keupayaan para pemain untuk fleksibel dari segi bentuk dan formasi permainan. Jika itu dapat dicapai, maka ia amat membantu untuk perancangan jangka panjang Harimau Malaya termasuk Pusingan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia pada November ini dan Piala Asia 2023.

“Untuk skuad kali ini, saya tekankan beberapa objektif. Salah satunya ialah fleksibel dari segi bentuk dan formasi pasukan. Itu salah satu objektif yang saya nyatakan. Saya tak boleh dedahkan segalanya kepada anda (tetapi) kita akan membuat persediaan rapi sehingga kelayakan Piala Dunia di mana kita akan membentuk skuad yang kuat.

“Jadi, saya harap ia menjanjikan kemajuan yang baik pada hari esok. Bukan dari segi keputusan tetapi untuk persembahan, kita perlu berkorban untuk menunjukkan kepada mereka falsafah bola sepak kita, DNA Malaysia, semua yang anda mahu tunjuk kepada para penyokong,” tambahnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram