Kim Pan-gon Mahu Harimau Malaya Mendominasi Berdepan Hong Kong
MakanBola
FA Malaysia

Selepas meraih kemenangan ke atas Turkmenistan, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu anak-anak buahnya meneruskan kecemerlangan ke atas Hong Kong esok. Ini termasuk mendominasi lawan yang menduduki ranking ke-146 dunia itu.

Walaupun yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya, Pan-gon mahu anak-anak buahnya menunjukkan aksi mantap di atas padang. Baginya, inilah peluang menonjolkan falsafah bola sepak Malaysia di hadapan para penyokong yang setia bersama Harimau Malaya.

Ad

“Itulah falsafah bola sepak kita, yang kita mahu lihat pada DNA Malaysia. Jadi, kita mahu mengawal permainan, kita mahu mendominasi permainan, kita akan paksa mereka melakukan kesilapan, kita mahu mencipta gol menerusi cara berkenaan.

Ad

“Jadi, untuk perlawanan esok, kita akan menekan lebih daripada perlawanan sebelumnya. Kita akan cuba menekan, mengawal permainan dan untuk berapa lama kita dapat melakukannya.

“Jadi, harapnya kita dapat kekalkan seperti dalam perlawanan lepas supaya semua orang berbangga dengan Harimau Malaya,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan Malaysia-Hong Kong hari ini.

Ad

Walaupun turun tanpa kelibat dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang cedera iaitu Arif Aiman Hanapi dan Endrick dos Santos, Pan-gon tidak melihat itu sebagai satu isu. Sebaliknya, ini peluang buat pemain lain membuktikan keupayaan mereka dan merebut slot kesebelasan utama.

Ad

“Saya merasa kasihan dengan dua pemain (Arif Aiman dan Endrick) ini. Kami menunggu mereka untuk masa yang lama agar mereka dapat beraksi di depan penyokong.

Ad

“Walau bagaimanapun, sebagai jurulatih skuad kebangsaan selama lapan tahun dan 12 tahun sebagai pengurus pasukan, tiada masa yang sesuai untuk saya mendapat kesebelasan utama yang sempurna. Jadi, saya sentiasa menjangkakan ini dan tidak mendapat apa yang saya suka.

“Saya yakin dengan keupayaan 25 orang pemain, sesiapa saja boleh bermain. Kita bermain sebagai satu pasukan, kita tidak bergantung kepada seorang pemain. Saya fikir kita tidak terkesan sangat, kita tidak boleh menjadi cantik tetapi kita masih boleh jadi kuat,” tambahnya.