Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengakui sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditonjolkan setiap pemain dalam kem kali ini.
Bagi perlawanan persahabatan yang kedua esok hari, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu dengan tegas mahukan barisan pemain berlari mengejar bola seperti seekor ‘anjing’.
“Saya gembira dan yakin dengan mereka, dan apa yang saya mahukan daripada mereka adalah mereka perlu berlari seperti anjing, bermain sebagai satu pasukan.
“Ianya bukan tugasan mudah buat mereka namun pemain berjaya buktikan dengan disiplin, komitmen dan semangat berjuang yang tinggi.
Dalam pada itu, beliau turut memuji sikap pemain yang sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi ketika berlatih dan juga dalam perlawanan.
Jurulatih berusia 53 tahun ini gembira dengan pasukan yang sedia ada ketika ini dan yakin skuad kali ini mampu memberikan segalanya demi negara.
“Saya boleh lihat semangat mereka yang sangat cintakan negara semasa menyanyikan lagu Negaraku.
“Barisan pemain tiada aduan (komplen), saya sangat hormati pasukan ini dengan semangat yang mereka ada, “ katanya dalam sidang media sebelum perlawanan dipetik daripada Youtube Flash Sukan.
Perlawanan persahabatan Tier 1 menyaksikan Harimau Malaya akan bertemu pasukan Maldives pada hari esok jam 9 malam di Stadium Bola Sepak Cheras Kuala Lumpur.