Kim Pan-gon Mahu Rakyat Malaysia Bangga Dengan Identiti Bola Sepak Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menganggap para pemainnya tidak boleh terleka sungguhpun telah menundukkan Brunei dengan keputusan 4-0.

Beliau tidak menganggap kemenangan yang diperoleh ke atas pasukan itu tidak membawa sebarang kelebihan sebaliknya mahu terus menyuntik elemen penting ke dalam pasukan ini.

Jurulatih berusia 51 tahun lebih memfokuskan kepada pembentukan pasukan untuk jangka masa panjang untuk memecahkan dominasi pasukan seperti Vietnam dan Thailand di rantau ini.

Advertisements

“Saya faham pemain berdepan perlawanan sukar dan saya menghargai tuju hari latihan.”

“Para pemain memberikan 100% komitmen dan cuba terima perkara baru.”

Namun begitu, beliau tidak mahu memberikan beban yang terlalu besar kepada para pemainnya sebaliknya mahu mereka kekal fokus untuk membentuk pasukan yang lebih baik.

Advertisements

“Akan tetapi mereka bukan mesin, mereka perlu menyesuaikan diri dan saya jangka kami menjadi pasukan yang lebih baik,” jelas Pan-gon menerusi Arena Metro.

Beliau juga mahu membentuk mentaliti juara dalam diri pemain dan juga para penyokong namun tidak hanya berteraskan terhadap kemenangan semata-mata.

“Saya fikir adalah lebih baik untuk tidak menyerang individu.”

Advertisements

“Jangan menyerang kesilapannya sebaliknya menunjukkan sokongan penuh dan sentiasa bersatu kerana ia sangat penting.”

Barisan kejurulatihan juga memilih para pemain untuk mewakili negara dan sentiasa memberi penghormatan kepada mereka.

Malaysia bakal menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan menentang Hong Kong sebelum bersaing di Kelayakan Piala Asia 2023 Jun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram