Kim Pan-gon: Pemain Malaysia Ada Karakter Yang Bagus
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon teruja dengan karakter yang dimiliki oleh barisan pemain negara sebelum bertandang ke Thailand minggu hadapan.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berpuas hati dengan mentaliti anak didiknya tatkala mereka tidak akan berdepan tugas mudah dalam kejohanan kali ini.

Katanya, beliau gembira dengan barisan pemain yang dipanggilnya kali ini dan yakin bahawa ini merupakan antara barisan terkuat bagi Malaysia sejak beliau mengambil alih.

Advertisements

“Saya gembira dengan pemain yang dipanggil, mereka kelihatan sangat kuat.”

Sambil itu, Pan-gon turut menjelaskan bahawa dari kaca matanya selaku jurulatih, beliau melihat karakter yang amat diidamkan dalam diri pemain Harimau Malaya.

“Bila saya lihat pemain Malaysia, saya lihat karakter yang saya mahukan.”

Advertisements

Beliau yang pernah memegang jawatan selaku jurulatih Hong Kong ini berkata, beliau memilih pemain yang mampu memberikan impak segera di atas padang.

Hal ini bagi memastikan setiap pemain yang dipanggil mampu menyumbang kepada pasukan dalam usaha meraih kemenangan.

Malaysia sudah pasti mahu memberikan yang terbaik kerana memiliki rekod yang agak baik bertemu pasukan gajah perang dalam beberapa perlawanan sebelum ini sambil mempersiapkan pasukan menjelang kejohanan Piala AFF Mitshubishi Electric hujung tahun nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram