Kim Pan-gon: Malaysia Akan Mendominasi Perlawanan Menentang Turkmenistan
Dunia
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Kim Pan-gon melaungkan keyakinan tinggi mampu mempamerkan aksi bertenaga menentang Turkmenistan dalam aksi pertama kumpulan E Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

“Benar, kami menunggu perlawanan ini cukup lama, sangat menerujakan, benar, saya rasa kami bersedia dan kami mahukan perlawanan yang sangat baik untuk penyokong.

“Kami cuba yang terbaik untuk melawan untuk dapatkan keputusan terbaik

Advertisements

“Kami memilih untuk menang, dominasi perlawanan, kami ingin kawal perlawanan untuk menang dan apa-apa sahaja yang kami hadapi, kami akan berusaha untuk menang.

“Sudah tentu berdasarkan taktikal pihak lawan, kekuatan mereka, kami akan menggunakan cara yang berbeza dan model perlawanan tetap sama, kami sudah analisis pihak lawan dan saya percaya dengan berkeyakinan tinggi kami akan mempamerkan perlawanan yang baik esok.

“Jika kita ingin layak ke pusingan seterusnya, 7 mata adalah selamat jadi kita perlu selesaikan sasaran ini dan sudah tentu untuk perlawanan pertama kita inginkan 3 mata.” Jelas Kim Pan-gon semasa sidang media di Hotel Dorsett Grand Subang.

Advertisements

Malaysia bakal bertemu Turkmenistan dalam kempen Kelayakan Piala Asia pada 8 Jun 2022 (Rabu) jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram