Kim Pan-gon Minta Maaf
Dunia
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memohon maaf atas kekalahan skuad negara kepada Vietnam hari ini.

Pengendali kelahiran Korea Selatan ini telah menurunkan kesebelasan terbaiknya namun masih tidak dapat menandingi kehandalan pasukan ke-96 dunia itu.

Advertisements

Harimau Malaya terpaksa akur di hadapan puluhan biru penyokong tuan rumah apabila tewas dengan keputusan 3-0.

Sejurus selepas perlawanan, jurulatih berusia 53 tahun itu tampil untuk membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak berhasil meraih kemenangan.

Advertisements

“Saya minta maaf kerana tidak dapat buat kamu bangga.”

“Dari kaca mata saya, kita bermain baik hari ini, banyak perkara positif dan barisan kejurulatihan akan membuat analisis berkenaan aksi ini,” jelasnya kepada wartawan, Fina Nasrom.

Advertisements

Ketika ini, Malaysia berada di tangga ke-2 apabila terikat dengan Singapura sebelum bertemu mereka pada 3 Januari nanti di Bukit Jalil.

News Comments Account