Kim Pan-gon Pandai Usik Jiwa Pemain, Suntik Elemen Pejuang Tiga Minit Sebelum Sepak Mula

Kamarul Arifin Elavarasan Kim Pan-gon Pandai Usik Jiwa Pemain, Suntik Elemen Pejuang Tiga Minit Sebelum Sepak Mula
Astro Arena
Ikuti Telegram MakanBola (3640)

Penolong pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Kamarul Ariffin dalam rancangan Nindia Bola pada semalam telah berkongsi detik tiga minit sebelum para pemain Harimau Malaya memasuki terowong stadium. 

Menurutnya, pengendali pasukan, Kim Pan-gon telah memaparkan satu video yang cukup memberi motivasi dan inspirasi buat para pemain. 

“Suasana dalam bilik persalinan adalah saat yang paling saya teruja. Waktu jam 8.49 sebelum kita masuk ke terowong, dia (Kim Pan-gon) akan memainkan satu video. Satu video dalam tiga minit setengah, video itu kalau kita tengok memang menyentuh hati.”

Penolong pengurus pasukan itu berpendapat, tindakan Kim Pan-gon merupakan satu tindakan yang cukup bermakna dimana pengisian tersebut telah menjadi pembakar semangat pasukan.

“Ada momen dimana anak kepada seorang pemain kata, I love you daddy, main betul-betul daddy. Ucapan ayah pula kepada seorang pemain.” 

“Juru analisis kita sempat siapkan pada petang untuk tunjuk kepada para pemain. Dengan berlatar belakangkan lagu yang naikkan semangat, ada sorakan dari Uktras Malaya. Jadi tiga minit setengah itu pengisiannya penuh. Habis saja video itu, Kim Pan-gon kata, ok lets do it!,” kongsi Kamarul Ariffin di Nindia Bola.