Advertisement
Kim pan-gon: Pemain Malaysia Sangat Bijak
Dunia
MakanBola
Azri/MakanBola

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memuji impak yang dibawa oleh barisan pemain Malaysia sambil menganggap mereka pemain yang sangat bijak.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu jelas berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya sehingga berjaya mara ke pentas separuh akhir.

Mengulas lanjut, beliau tetap mahu memastikan mereka untuk membanggakan rakyat malaysia akan tercapai. Malah,  sokongan padu rakyat malaysia juga bakal menjadi kunci bagi aksi kalini ini.

“Kita dapat menyesuaikan diri dengan baik sungguhpun terpaksa mengharungi jadual padat dalam kejohanan ini.”

“Pemain kita juga sangat bijak cepat dan dapat menyesuaikan diri dengan baik,” jelas Pan-gon.

Beliau juga tidak menganggap pasukan bimbingan Mano Polking kali ini lemah sungguhpun tidak dibarisi dengan beberapa pemain utama seperti Malaysia.

“Saya tak rasa mereka lemah, mereka merupakan pasukan dengan kualiti serangan yang bagus.”

Thailand bakal beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum Malaysia bakal bertandang ke sana bagi memastikan tiket ke final dalam genggaman.